Thursday, May 18, 2017

Diploma Pengurusan Hartanah

Assalamualaikum wbt

Okay kalini nak up entry tentang UPU , beberapa hari lepas result UPU telah pun keluar.
Hilang segala nervous semuanya . Alhamdulillah aku dah berjaya ditempatkan di UITM setelah move on dari UIA .

Why ?

Memang impian aku untuk further in UIA tapi rezeki aku di UiTM
Alhamdulillah , ya pukul 12.15 baru tahu dek system down and jammed itupun aku guna web UMS untuk check .
Bila tengok result , perkataan pertama yang aku sebut ialah " Alhamdulillah " Kebetulan mama ada kat tepi sambil tengok .
Lepas itu aku menangis kesedihan kerana rezeki aku bukanlah di UIA .
Jam 3 ptg baru dapat tahu kampus mana dan aku ditempatkan di Uitm Seri Iskandar Perak .
For your information , untuk diploma course ini hanya di Seri Iskandar sahaja dan degree samada di Shah Alam atau Puncak Alam itu saya tak pasti .Degree dekat dengan rumah yeahhh .

Mama tanya " jadi matriks atau diploma "

Aku diam seketika . Istikarah dan akhirnya aku memutuskan untuk pilih Diploma instead of Matriks .
Mungkin kalian juga ada kecaman yang bagitahu " course ni kerja apa je ? "
" Diploma je ? Kenapa tak pergi matriks ?"

Guys I choose this course lepas tengok balik apa yang ada kat diri aku and so on .
Ada yang ucap tahniah , ada yang kata tak payahlah masuk diploma .
Kenapa kita perlu dengar cakap orang sedangkan kita sendiri sudah tahu hala tuju ?

Fyi tarikh lapor diri pada 21/5/2017 untuk aku dan aku terkejut . Tinggal lima hari untuk siapkan segalanya Ya Rabbi siapa tak geram ?
X-Ray tak buat , Barang tak beli lagi dan sebagainya . Senang cerita last minutes .

Siapa yang lapor diri awal , mohon tinggalkan katil bawah untuk aku sebabnya aku fobia katil tingkat atas .

Btw kawan aku dalam Da Clique semuanya dapat ke menara gading .
Fara and Amalina dapat Asasi Dengkil , Liyana KMK and UiTM Segamat , Asma CFSIIUM and KMPK  , Aliya KMNS , Ainna Poli , Lina UiTM Rembau  most wanted , Miza Pasum tak silap dan aku alhamdulillah UiTM Seri Iskandar and KMP .

Yang dapat dua , boleh istikarah .


Ok itu sahaja yang saya ingin katakan . Tahniah kepada mereka yang dapat  melanjutkan pelajaran ke Menara Gading , 4 Flats aku genggam inshaa Allah .



Friday, May 12, 2017

Aku dapat Matriks !!

Assalamualaikum wbt



Hujung bulan lepas , result Matriks keluar and suprisingly I got KMP ,alhamdulillah .

WAIT

Alhamdulillah sebab dapat matriks but at the same time Im so sad .

Yela dalam pilihan matriks pilih KMS , KMPH and KMM as my choices tapi dapat KMP . Jauh benor dia gi hantar ke Perlis .
Dugaan ..

Orang semua cakap tahniah dapat PERLIS , boleh kenal tempat orang bagai .
Tapi diaorang tak tahu apa yang aku rasa , apa yang terkandung dalam isi hatiku .
Jauh tu perlis , macam mana nak balik raya ? Punyalah berangan boleh balik kolej naik LRT/KTM tiap2 minggu atau bulan . Tapi if masuk KMP rasanya cuti sem baru boleh balik .
Tarakk money untuk bayar ETS huhu

Apapun doakan aku dapat UPU UIA sebab dah 3 kali mimpi UIA , nampak tak betapa aku nak masuk UIA ? Haritu lepas result  SPM muka bengkak sebab nangis berhari-hari bila result aku tak lepas syarat kelayakan nak masuk UIA .

Sangkut kat Fizik ngan Bio je kot . Tapi aku degil , aku tetap apply UIA dan UPU . Doakan aku dapat . Aku redha je .

Ni apa yang aku apply time UPU  



Btw CONGRATS TO THOSE YANG DAPAT MATRIKS .

Wassalam

Friday, February 10, 2017

Kem GPSWPSEL2.0 2017




Assalamualaikum semua . Mashaa Allah dah lama tak update blog . Bersawang fuh usah dikata . Maaf maaf bukan apa kalau update pun bukan ada orang baca blog Ira .

Baru-baru ini Ira pergi Kem Gerbang Pra Siswa ( GPS ) anjuran Sahabat Yadim . Alhamdulillah dipilih Allah swt untuk menghadirkan diri ke kem yang sungguh bermanfaat . Bak kata Abang Erik , datang dengan cawan kosong , balik dengan cawan berisi . Banyak ilmu pengetahuan yang dapat kupetik hasil Kem selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Bumi Jati , Shah Alam .

Sebelum kem lagi sudah Nampak semangat-semangat yang kami  tunjukkan . Riuh sungguh group ws  dengan karenah kami semua . Teragak-agak Kak Najlaa ni macam mana ? sempoi orangnya . Dengan bunga lah .
Lepas itu ada pula emoji monyet-monyet yang bersepah di dalam group . Yang Ira tahu sebenarnya monyet tu Ira sendiri sebab digelar monyet oleh budak Hijau . opss . Rupanya ada juga monyet kat group . Kawan baru hehehe .

Alkisah hari pertama kem , aku bawa 1 beg galas , 1 beg bagasi untuk 3 hari 2 malam . Pagi itu breakfast di Restoran Hassan , Taipan .

Sampai sahaja di Kem , family balik . Eh umur 18 ok takda nangis-nangis homesick kea pa . Seperti VVIP pula ada hakak fasi tolong tunjukkan bilik untukku ditemani Nurin . Letak je barang terus kemas katil tingkat atas .
“ Weh asal katil belah bawah dah penuh ….” Bukan tak suka katil atas tapi leceh nak memanjatnya . Biarlah 2 malam je kot .

Pukul 10.45 pagi terus berkumpul di dewan . Kelihatan ramai rakan-rakan baru sudah mula memenuhi dewan kecuali rombongan cik Kiah dari Sabak dan Sg Besar ( Zon Utara ) , perjalanan mereka memakan masa yang lama walaupun 1 negeri .

Ice breaking bermula .. tup tup blackout , hah sudah dahlah panas , blackout , stress tahu tapi ku tenangkan diri . Ini baru dunia , panas kat “ sana “ belum kita tahu . 

Time dekat luar dalam jam 12 baru bas zon utara sampai . Kami pun cakaplah haiiii kat mereka .

Sebenarnya kan malas nak refresh memory apa yang telah berlaku . Maka saya skip ya .








 OUR GROUP POSTER nampak masjid gitu




Malam hari pertama ...

Malam yang dinanti-nantikan . Kehadiran Ustaz Hadi Fayyadh , penulis buku SDB dan KABA buat aku rasa excited . Pertama kali aku berjumpa dengan UHF ,bukan apa , aku nak beli buku SDB dan KABA . Yang paling penting KABA dek haritu masuk contest guna 2 ig tapi tak ada rezeki nak menang contest tu . Mungkin gaya penulisanku yang tidak mantap .


Malam tu tidur lewat sebab sibuk promote poster sebab nak bagi group Acacia menang likes terbanyak .Punyalah dm banyak gila hahaha sorry sape yang kena dm tu .


Kul 4 pagi dah bangun nak cop bilik air sebab takut penuh kan . Ngantuk2 pun haih mandi jela . Lepastu termenung lama gak la dalam dorm sementara tunggu yang lain bersiap .

 Part yang paling best bila nyanyi lagu Tema Masih Di Sini , memang best nyanyi sambil buat gaya .


Bersama kita berjuang.... melangkah kedepan

Dari mimpi hingga realiti , kita masih disini

Anda masih di mana ? DI SINI

MAHASISWA !! " ANA "



 PU HILMI

  CIKGU TAUFIK A.K.A KETUA FASI
 
 SYAHIR AND LUQMAN


AKTIVITI TENGAHARI AHAD , PANAS BAK HANG

Lepas lunch ada jelajah IPT , time tu la nak tanya more details about course .

AKTIVITI WAKTU PETANG

Malam tu malam penutup selepas Dai Fuad balik ada suprises . Hakak2 Fasi dan abang2 fasi prank kami . Sweet gitu .
 READY NAK MENARI KE TU ?
 Time ni Time Dai Fuad bagi talk kat depan
 Nak buat suprises konon
 With Nurin , dak tuisyen

Malam tu tidur jam 3 pagi . Tak boleh tidur , mula2 plan nak sepahkan makanan yang penuh dalam beg , stok makanan satu beg for your information . Tak tahu pula kat kem ni makan non stop dalam 5 kali sehari . Kadang2 time makan terus cabut lari masuk bilik sebab taknak makan . Kenyang weh .

Sebelum tidur kami meroyan sebab plug dalam dorm rosak , battery phone tinggal 7% , powerbank dah habis . MANA PLUG !!!!!  Sayang sangat2 dorm sebelah sebab bagi kitaorang pinjam extension . Penuh 4 ngan powerbank , phone aku ngan yang lain .

Lepastu kitaorang cerita pasal life kitaorang . Kumpul kat tengah2 dorm borak-borak sampai 3 pagi baru tidur . Mulanya tak nak tidur . Malam last kan .
Lepastu hakak tu kejut  

" bangun bangun ... " tengok jam 5.45am .
Mau tak terjun katil . Dahlah tingkat atas .Cg Taufik cakap jam 5.50 am kena ada dalam dewan .

5 minit lagi wehh nak mandi bagai mana sempat . Satu dorm sedar lambat .

Sayang hakak2 dan abang2 fasi sebab bagi kitaorang semangat pagi2 . Pagi2 buta lepas subuh dah kena berdebat .
Tajuknya ANAK LUAR NIKAH SALAH SIAPA ?

Masing-masing nak pertahankan diri . Group aku dahlah kena pertahankan diri sendiri. Nak wakil group malu even budak debat kan . Bagi chance kat orang lain jela tapi aku still bagi point untuk bidas group lain .

Lepastu kitaorang zumba . Memang best zumba , dahlah lagu best , lawak ok merepek .

 Hakak2 dan abang2 fasi yang sungguh baik , penyayang


 Abang Erik yang ada monyet sendiri . Kita gang la cegini dah budak hijau gelar aku monyet sebab bising dalam kelas addmath


 Semangat tak mereka ?

Kitaorang juga ada buat pemilihan untuk jawatan SY Zon , tbh alhamdulillah bersyukur sebab tak ada jawatan sebab nanti susah lah nak gerak gi KL bagai . Nak dapat pelepasan dari parents Ya Allah , kalau boleh kena ada surat . Sayang benar kat anak dia sorang ni . Tambah2 lagi perempuan .
As usual diaorang ingat Ira ni kecil lagi even dah pandai bawa diri .

Time nak dekat balik tu ada la pergaduhan antar Dato dan Danish . Serious memang teruk jugak gaduh tu rupanya prank . Tbh tak tahu apa2 . Kesian fasi ada yang menggigil bagai . Bila semua nyanyi lagi Terima Kasih Padamu Fasi , semua fasi nangis terharu . Even 3 hari 2 malam memang bermakna , ukhuwah yang dibina begitu utuh .
 With Kak Syera

 MILAAAAA

Geng LRT Bangsar



VIDEO PRANK

with kak Farah

Benda yang paling best bila nyanyi lagu tema , lagu Sahabat YADIM , lagu Masihkah kau ingat , belajar TEPUK2 SUPPORT , TEPUK2 SAYANG , TEPUK2 TERIMA KASIH BANYAK LAGIII

" GPS WPSEL YOU ARE THE "
" BEST BEST BEST "


Thank you kepada hakak2 fasi dan abang2 fasi sebab sudi jaga kami 3 hari 2 malam di Kem Bumi Jati .

Inshaa Allah kita akan aktifkan zon .HIDUP ZON TENGAH !!!

MAAF BANYAK MEREPEK SEBAB TAK SURUH KORANG BACA PUN .

GTG ASSALAMUALAIKUM

:) Tak rugi lansung pergi kem ni


Thursday, September 15, 2016

Jamuan Raya tuition

Assalamualaikum wbt 😊☺🙌

Ok trial spm dah
 Alhamdulillah harini ira berkesempatan untuk update blog yang bersawang setelah beberapa bulan tak jenguk . Busy katanya .

Ok ni Ira nak cerita pasal Sambutan Hari Raya dekat tuisyen " Tuition Open House "

Ok alkisah cikgu bagitahu last minutes nak buat jamuan ni . And kitaorang mcmnak ringankan beban cikgu maka kitaorang bahagi2kan tugas .
Mursyi bawa rendang ayam
Ira bawa nasi impit je
Cikgu bawa spaghetti , satay kajang , pinggan mangkuk etc , air
Students lain bawa lah macaroni goreng , cake , etc

Mula2 cikgu nak order pizza and I was like jamuan raya kan ? Why pizza ? Why not satay kajang je ? Bcs raya mesti jumpa satay lagipun rumah cikgu dkt dgn satay kajang tu . Nak yg dari kajang OK !!

Tak nak yg tempat lain ..

So pukul 12:30 ira gi Tuisyen . Sampai2 je time nak naik tangga cikgu, syahir fauzan semua turun tangga mcm tergesa2 . Why ???

Rupa2nya kuah kacang tertinggal .

Weh awat tertinggal ? Parah wehh dah lah semalam tu pergi gtau adik Luqman ckp xyah bawa kuah kacang.  dah cukup maybe .

Lek lek naik atas girl girl mcm iraaaaa bila ira buka pintu .

Weh kuah kacang tertinggal ..

Tahu

Cikgu mcm check dlm kereta takde
Mursyidah callwd luqman . Luqman ckp x buat yela ira ckp xyah buat . kitaorg mcm nak nangis la habis la cane ni

Ntah lahh last2 cg called mak cikgu suruh hantar . Ingatkan kuah kacang je rupanya kuah spaghetti pun . Cikgu2 ... Orang lelaki biasalah. Ira yg pening kepala .

Pukul 2 lebih baru kuah bagai sampai .

Kitaorang enjoy sangat jamuan raya . Best sangat sebab nak harap jamuan raya dekat sekolah memang takl lah sebab buat jamuan raya lepas exam sejarah ( pre trial ) lepastu pakai baju sekolah . Jamuan gitu2 je .

Memang banyak kenangan lah . Seriously best sangat2 . Tak tahu nak cakap apa . Bila semuaorang dah balik ira , fara and mursyi tolong kemas2 mana yg patut .Bungkus makanan tapau bawa balik sbb banyak sgt lebih terutama kuah kacang and spaghetti . Dalam 6-7 tupperware gak lah.  Kenalah acah rajin sebab nak harapkan cikgu yang lelaki memang taklah .

Lelaki tahu apa hahahahha jkjk  kami ringankan kerja cikgu ok . Memang kasi licin satu tusyen lah kemas tu. Makanan mcm snacks biskut raya semua tinggal letak dalam surau lelaki . Stocks makanan time lapar .

Bila datang tuisyen semua serbu surau cari makanan . Lawakkk sampai yg lelaki mcm cakap la " eh asal perempuan menyemak kat surau lelaki ? Rompak apa hah ? "
😝😝😎

Ok meh ira nak belanja sikit gambar2 time jamuan haritu .

Memang banyak sangat gambar sebab kitaorg ni kaki selfies kaki gambar . Sorry cikgu sbb gambar kitaorang banyak sangat dlm camera cikgu . Nasib baik gambar lawa . Creds to photographer Sal The Unicorn , Syahir and sape ntah tapi ira tahu camera mmg selalu dgn diaorang .

Btw kitaorang pasang lagu raya . Ya Allah . Feel wehhh pasang lagu raya pastu time lagu air mata syawal apa semua kan kitaorang mcm " lagu ni takleh syahdu lagi ke . nak nangisss "

TBH TAK TAHU BILA LAGI BOLEH BUAT JAMUAN RAYA SIAP DENGAN LAGU RAYA DENGAN KAWAN2 . BEST GILAAAA . RASA MACAM RAYA PERTAMA JE  .. To
Cikgu : lepasni buat jamuan after spm plsss buat mcm ni lagi tauuu . Kenangan tahu tak .



 Hidayah and adik dia

 Sal and junior F3 Aina



 Time bagi duit raya



Junior F3 Huda and Maslina

Tuesday, July 26, 2016

emoji stress

Aku hanya homosapien ,
Yang sentiasa lemah ,
Kadang bertenaga ,
Melompat-lompat ,
Bergelak ketawa ,
Tak ingat dunia .

Aku hanya homosapien ,
Yang sedang stress ,
Pabila Spm makin menghampiri ,
Masa berlalu begitu cepat ,
Kadang aku tertidur 
Di meja belajar
Lampu menyala
Buku terbuka
Mata tertutup
Sedar-sedar
Dah pukul 6 pagi
Bangun
Siap-siap 
Ke sekolah

Di dalam kelas
Aku hanya memerhati
Rakan seperjuangan
Bergelak ketawa
Tak insaf-insaf
Bergosip sana sini
Masih berada di gear reverse
Sedangkan aku sudah di gear dua

Huh baru gear dua dah bangga ?
Siapa cakap aku bangga engko ketuk ketampi 60 kali . 
Orang bagi semangat kata bangga pulak .


trial spm

Minggu depan pre trial dan minggu ni busy latihan kawad ppim utk sports day !

Sekian , seorang homosapien yang tengah stress .

Monday, July 11, 2016

Raya part 2

Pagi tu bangun as usual ..

Tgh syok2 main phone , ada unifi an. .

Pastu iron baju . happy gila takde org tumpang baju suruh iron skali . . tgh syok2 iron . . nak tolong baju ciksu sepqsang skali ngan tudung .. After a few mins , tolong baju mama and adik . .pergh dekat sejam ak.lab duk iron aju jgn kasi ada kedut . mahu moody satu hari . .

Perempuan kan ?

So pagi tu after breakfast , dalam 9 start gerak ke rumah2 utk beraya . dari bachok ke hospital kota bharu visit cikngah and baby firash , terus ke rumah che long ( kakak arwah umi tok)  terus ke bunut payung visit waris2 , pastu gi kubur arwah umi tok and tok mek. .

Balik rumah kul 6 dah sampai .. Siap2 , rehat kejap .. Lepas maghrib gerak 2 buah keta ke rumah tokyah kat Pengkalan Kubor ..

Tokyah masak mihun .

Tgh syok2 makan tiba2
" eh siapa eh time kecik dulu nak mihun tokyah nak mihun tokyah "

I was like siapa ?

" mu la . ya "

" ye ke ? Tak ingatttt "

" hah sahiralah . menangis nak mkn mihun tokyah"

Hahaha habis aku makan mihun tokyah tapi ingat org belakang jugaklah .

Srs tak ingat lansung pasal mihun tu . yg aku ingat bila gi umah tokyah , nak buah Rozelle buat air ..








Kalau perhatikan betul2 , style tudung berubah2 an .. Sbb bad tudung day .. Kacau mood . setiap rumah atau tempat yg aku gi mesti tukar style sbb x puas hati .kiranya dalam 4 styles tudung gaklah . nasib baik first day raya GOOD TUDUNG DAY

Diploma Pengurusan Hartanah

Assalamualaikum wbt Okay kalini nak up entry tentang UPU , beberapa hari lepas result UPU telah pun keluar. Hilang segala nervous semuany...