Friday, February 10, 2017

Kem GPSWPSEL2.0 2017




Assalamualaikum semua . Mashaa Allah dah lama tak update blog . Bersawang fuh usah dikata . Maaf maaf bukan apa kalau update pun bukan ada orang baca blog Ira .

Baru-baru ini Ira pergi Kem Gerbang Pra Siswa ( GPS ) anjuran Sahabat Yadim . Alhamdulillah dipilih Allah swt untuk menghadirkan diri ke kem yang sungguh bermanfaat . Bak kata Abang Erik , datang dengan cawan kosong , balik dengan cawan berisi . Banyak ilmu pengetahuan yang dapat kupetik hasil Kem selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Bumi Jati , Shah Alam .

Sebelum kem lagi sudah Nampak semangat-semangat yang kami  tunjukkan . Riuh sungguh group ws  dengan karenah kami semua . Teragak-agak Kak Najlaa ni macam mana ? sempoi orangnya . Dengan bunga lah .
Lepas itu ada pula emoji monyet-monyet yang bersepah di dalam group . Yang Ira tahu sebenarnya monyet tu Ira sendiri sebab digelar monyet oleh budak Hijau . opss . Rupanya ada juga monyet kat group . Kawan baru hehehe .

Alkisah hari pertama kem , aku bawa 1 beg galas , 1 beg bagasi untuk 3 hari 2 malam . Pagi itu breakfast di Restoran Hassan , Taipan .

Sampai sahaja di Kem , family balik . Eh umur 18 ok takda nangis-nangis homesick kea pa . Seperti VVIP pula ada hakak fasi tolong tunjukkan bilik untukku ditemani Nurin . Letak je barang terus kemas katil tingkat atas .
“ Weh asal katil belah bawah dah penuh ….” Bukan tak suka katil atas tapi leceh nak memanjatnya . Biarlah 2 malam je kot .

Pukul 10.45 pagi terus berkumpul di dewan . Kelihatan ramai rakan-rakan baru sudah mula memenuhi dewan kecuali rombongan cik Kiah dari Sabak dan Sg Besar ( Zon Utara ) , perjalanan mereka memakan masa yang lama walaupun 1 negeri .

Ice breaking bermula .. tup tup blackout , hah sudah dahlah panas , blackout , stress tahu tapi ku tenangkan diri . Ini baru dunia , panas kat “ sana “ belum kita tahu . 

Time dekat luar dalam jam 12 baru bas zon utara sampai . Kami pun cakaplah haiiii kat mereka .

Sebenarnya kan malas nak refresh memory apa yang telah berlaku . Maka saya skip ya .








 OUR GROUP POSTER nampak masjid gitu




Malam hari pertama ...

Malam yang dinanti-nantikan . Kehadiran Ustaz Hadi Fayyadh , penulis buku SDB dan KABA buat aku rasa excited . Pertama kali aku berjumpa dengan UHF ,bukan apa , aku nak beli buku SDB dan KABA . Yang paling penting KABA dek haritu masuk contest guna 2 ig tapi tak ada rezeki nak menang contest tu . Mungkin gaya penulisanku yang tidak mantap .


Malam tu tidur lewat sebab sibuk promote poster sebab nak bagi group Acacia menang likes terbanyak .Punyalah dm banyak gila hahaha sorry sape yang kena dm tu .


Kul 4 pagi dah bangun nak cop bilik air sebab takut penuh kan . Ngantuk2 pun haih mandi jela . Lepastu termenung lama gak la dalam dorm sementara tunggu yang lain bersiap .

 Part yang paling best bila nyanyi lagu Tema Masih Di Sini , memang best nyanyi sambil buat gaya .


Bersama kita berjuang.... melangkah kedepan

Dari mimpi hingga realiti , kita masih disini

Anda masih di mana ? DI SINI

MAHASISWA !! " ANA "



 PU HILMI

  CIKGU TAUFIK A.K.A KETUA FASI
 
 SYAHIR AND LUQMAN


AKTIVITI TENGAHARI AHAD , PANAS BAK HANG

Lepas lunch ada jelajah IPT , time tu la nak tanya more details about course .

AKTIVITI WAKTU PETANG

Malam tu malam penutup selepas Dai Fuad balik ada suprises . Hakak2 Fasi dan abang2 fasi prank kami . Sweet gitu .
 READY NAK MENARI KE TU ?
 Time ni Time Dai Fuad bagi talk kat depan
 Nak buat suprises konon
 With Nurin , dak tuisyen

Malam tu tidur jam 3 pagi . Tak boleh tidur , mula2 plan nak sepahkan makanan yang penuh dalam beg , stok makanan satu beg for your information . Tak tahu pula kat kem ni makan non stop dalam 5 kali sehari . Kadang2 time makan terus cabut lari masuk bilik sebab taknak makan . Kenyang weh .

Sebelum tidur kami meroyan sebab plug dalam dorm rosak , battery phone tinggal 7% , powerbank dah habis . MANA PLUG !!!!!  Sayang sangat2 dorm sebelah sebab bagi kitaorang pinjam extension . Penuh 4 ngan powerbank , phone aku ngan yang lain .

Lepastu kitaorang cerita pasal life kitaorang . Kumpul kat tengah2 dorm borak-borak sampai 3 pagi baru tidur . Mulanya tak nak tidur . Malam last kan .
Lepastu hakak tu kejut  

" bangun bangun ... " tengok jam 5.45am .
Mau tak terjun katil . Dahlah tingkat atas .Cg Taufik cakap jam 5.50 am kena ada dalam dewan .

5 minit lagi wehh nak mandi bagai mana sempat . Satu dorm sedar lambat .

Sayang hakak2 dan abang2 fasi sebab bagi kitaorang semangat pagi2 . Pagi2 buta lepas subuh dah kena berdebat .
Tajuknya ANAK LUAR NIKAH SALAH SIAPA ?

Masing-masing nak pertahankan diri . Group aku dahlah kena pertahankan diri sendiri. Nak wakil group malu even budak debat kan . Bagi chance kat orang lain jela tapi aku still bagi point untuk bidas group lain .

Lepastu kitaorang zumba . Memang best zumba , dahlah lagu best , lawak ok merepek .

 Hakak2 dan abang2 fasi yang sungguh baik , penyayang


 Abang Erik yang ada monyet sendiri . Kita gang la cegini dah budak hijau gelar aku monyet sebab bising dalam kelas addmath


 Semangat tak mereka ?

Kitaorang juga ada buat pemilihan untuk jawatan SY Zon , tbh alhamdulillah bersyukur sebab tak ada jawatan sebab nanti susah lah nak gerak gi KL bagai . Nak dapat pelepasan dari parents Ya Allah , kalau boleh kena ada surat . Sayang benar kat anak dia sorang ni . Tambah2 lagi perempuan .
As usual diaorang ingat Ira ni kecil lagi even dah pandai bawa diri .

Time nak dekat balik tu ada la pergaduhan antar Dato dan Danish . Serious memang teruk jugak gaduh tu rupanya prank . Tbh tak tahu apa2 . Kesian fasi ada yang menggigil bagai . Bila semua nyanyi lagi Terima Kasih Padamu Fasi , semua fasi nangis terharu . Even 3 hari 2 malam memang bermakna , ukhuwah yang dibina begitu utuh .
 With Kak Syera

 MILAAAAA

Geng LRT Bangsar



VIDEO PRANK

with kak Farah

Benda yang paling best bila nyanyi lagu tema , lagu Sahabat YADIM , lagu Masihkah kau ingat , belajar TEPUK2 SUPPORT , TEPUK2 SAYANG , TEPUK2 TERIMA KASIH BANYAK LAGIII

" GPS WPSEL YOU ARE THE "
" BEST BEST BEST "


Thank you kepada hakak2 fasi dan abang2 fasi sebab sudi jaga kami 3 hari 2 malam di Kem Bumi Jati .

Inshaa Allah kita akan aktifkan zon .HIDUP ZON TENGAH !!!

MAAF BANYAK MEREPEK SEBAB TAK SURUH KORANG BACA PUN .

GTG ASSALAMUALAIKUM

:) Tak rugi lansung pergi kem ni


No comments:

Diploma Pengurusan Hartanah

Assalamualaikum wbt Okay kalini nak up entry tentang UPU , beberapa hari lepas result UPU telah pun keluar. Hilang segala nervous semuany...